About us

idea

idea untuk menubuhkan satu restoran beridentitikan makanan Siam telah bermula pada awal tahun 2005. Konsep-Benteng Sdn Bhd ditubuhkan,  perbincangan dan pencarian berakhir apabila pemilik berjaya mendapatkan khidmat beberapa orang tukang masak berketurunan Thai dan membawa mereka ke Kuale untuk tempoh percubaan. memang menjadi hasrat pemilik untuk mengekalkan keunikan dan keaslian makanan Siam dan di atas sebab inilah pemilik mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat tukang masak berketurunan Thai.

lokasi

permohonan untuk mengubah suai tapak bengkel kereta beralamat Gerai MDKK, Jalan Kangsar yg terletak di tepi Sungai Kangsar kepada sebuah restoran telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran K Kangsar pada 2 Jun 2005.

bermulalah…

dengan berbekalkan modal RM50000, dapur Restoran Benteng mula berasap pada 15 Julai 2005. pada mulanya ia hanya mempunyai 6 orang pekerja dan kini mempunyai  26 orang tukang masak dan pelayan berketurunan Thai.

dibuka daripada pukul 12 tghari sehingga 2 pagi setiap hari, Restoran Benteng menyediakan makanan yg berasal dari Selatan Thai. Antara yang merupakan favourite adalah seperti nasi phak ka phau, sup torey, somtham,  tomyam phok thek, ikan masak kengsum, ikan masak phatpit, ikan masak namdeng, kerang bakar, mee phakimau. semua ini boleh dinikmati dengan harga yg sangat berpatutan. siakap masak kengsum/phatpit/namdeng hanyalah RM 25 sahaja… (menu termahal!!!).

skrin besar juga disediakan utk menikmati live football match setiap malam minggu. dan terkini, di tempat letak kereta yg disediakan percuma, pelanggan boleh menjamu selera setelah mengunjungi Car Boot Sale yg dianjurkan di atas tapak letak kereta Restoran Benteng.

Sungai Kangsar yg terletak berhampiran memberikan suasana yg unik kepada pelanggan yg datang menjamu selera. kemudahan lain adalah within walking distance kerana lokasi Restoran Benteng yg terletak di tengah-tengah Bandar DiRaja Kuala Kangsar. 

Kuala Kangsar Bandar DiRaja

Kuale terkenal dengan sejarahnya yg tersendiri, berlatarbelakangkan penubuhan kerajaan negeri Perak pada kurun ke 15 sehinggalah kini. digelar Bandar Diraja negeri Perak kerana Kuale ialah bandar rasmi tempat bersemayam Raja-raja Pemerintah negeri Perak.

Istana rasmi negeri Perak yg terletak di Bukit Chandan ialah istana rasmi tempat bersemayam Raja-raja Pemerintah yg ditabalkan sebagai Sultan Perak sejak tahun 1933. dinamakan Istana Iskandariah bersempena nama Sultan Iskandar Shah yg bertanggungjawab keatas pembinaan istana ini. 

Masjid Ubudiah yg juga terletak di Bukit Chandan juga mempunyai lakaran sejarahnya yg tersendiri. ianya siap dibina pada tahun 1917 diatas permintaan Sultan Idris Murshidul Azam Shah sebagai menunaikan nazar baginda.

lawatilah laman web Majlis Perbandaran Kuala Kangsar utk informasi menyeluruh mengenai Kuale.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: